Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan kembali hari ini

Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan kembali beroperasi pada Ahad.
Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan kembali beroperasi pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan yang ditangguhkan sejak pandemik Covid-19 kembali beroperasi di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 pada Ahad.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, program disempurnakan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Menurutnya, antara aktiviti yang berlangsung dalam program itu adalah 'fun run’, acara berbasikal, acara senamrobik atau zumba, persembahan pemuzik jalanan, cabutan bertuah serra kuiz dan aktiviti mewarna kanak-kanak.

"Selain itu, MBSA mengadakan aktiviti ‘petting zoo’ (zoo haiwan jinak) kepada para pencinta haiwan, program piknik dhuha dan sembang santai serta program Eco Free Market iaitu penyaluran dan edaran semula barangan terpakai secara percuma.

"Bertemakan kitar semula, pengunjung hanya perlu membuat pertukaran barang kitar semula seperti botol air, botol kaca, tin aluminium dan surat khabar lama untuk mendapatkan kupon bagi membolehkan pengunjung mendapatkan barang-barang

yang ditawarkan oleh penyumbang di Eco Free Market," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, MBSA turut bekerjasama dengan Hospital Pakar Avisena dan KPJ Selangor untuk sesi saringan kesihatan percuma

kepada pengunjung serta menyediakan pejabat bergerak Shah Alam On Wheels, perpustakaan bergerak dan jualan pokok serta baja kompos.

Artikel Berkaitan: