X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 26 Mei 2022

Menu siakap tiga rasa buat asnaf

Ikan siakap tiga rasa untuk diagihkan kepada golongan asnaf di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan pada Ahad.
A
A

KUALA LUMPUR - Lebih 200 kilogram ikan siakap tiga rasa disediakan sebagai juadah makanan tengah hari untuk golongan asnaf sekitar kariah Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan pada Ahad.

Menerusi kemas kini di Twitter Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), menu istimewa tersebut dimasak secara bergotong-royong oleh jawatankuasa masjid berkenaan.

Menurut kenyataan itu, program tersebut merupakan sebahagian dari aktiviti Dapur It'am Jawi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

"Ia berkonsepkan 'soup kitchen' dan edaran makanan percuma setiap hari melibatkan 70 buah masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

"Turut diagihkan ikan siakap segar dan barangan keperluan asas harian," menurut kemas kini di Twitter Jawi pada Ahad.

Tambah kenyataan itu, sebanyak RM16 juta telah dibelanjakan untuk inisiatif Dapur It'am sejak dilaksanakan ketika awal pandemik tahun lalu.

"Lebih sejuta orang telah menerima manfaat itu terdiri petugas barisan hadapan, petugas kebersihan, pemandu e-hailing, asnaf dan golongan B40, kejiranan bukan Muslim serta lain-lain golongan yang terkesan dan memerlukan di sekitar Wilayah Persekutuan," tambah kenyataan itu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!