X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 17 Januari 2022

Pencemaran udara: Sekolah, tapak pembinaan di New Delhi ditutup

Krisis pencemaran udara di New Delhi semakin memburuk. - Foto EPA
A
A

SEKOLAH-sekolah di New Delhi akan ditutup selama seminggu susulan krisis pencemaran udara yang semakin memburuk.

Arahan dikeluarkan Ketua Menteri New Delhi, Arvind Kejriwal, yang turut mengumumkan tapak pembinaan juga bakal ditutup selama empat hari.

Katanya, perbincangan mengenai kemungkinan penutupan sepenuhnya di ibu negara India itu juga sedang dijalankan, tetapi sebarang keputusan hanya akan diambil selepas berunding dengan kerajaan pusat.

Sebelum ini, ketua hakim negara meminta kerajaan pusat membuat pelan kecemasan untuk menangani pencemaran berbahaya itu, dengan menyebut keadaan itu "sangat serius".

Kualiti udara di Delhi, yang dikenali sebagai ibu kota paling tercemar di dunia, merosot disebabkan oleh pembakaran tanaman, pelepasan daripada pengangkutan, loji arang batu di luar bandar dan industri lain, serta pembakaran sampah terbuka dan debu.

Indeks kualiti udara di sekitar bandar bertambah buruk kepada 470-499 pada skala 500, menurut data Lembaga Kawalan Pencemaran Persekutuan pada Sabtu.

Tahap pencemaran itu bermakna udara akan menjejaskan orang yang sihat dan memberi kesan serius kepada mereka yang mempunyai penyakit sedia ada.

Beliau menambah, semua pejabat kerajaan akan beralih kepada bekerja dari rumah, manakala pejabat swasta dinasihatkan melakukan perkara yang sama selama seminggu.

Langkah diambil bagi mengurangkan bilangan kenderaan di atas jalan raya, yang berpotensi mengakibatkan pencemaran udara. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!