X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Dua maut kemalangan bas, kereta

Anggota membawa keluar mayat penumpang hadapan yang tersepit dalam nahas membabitkan kereta dan bas. - Foto ihsan Bomba Perak
A
A

KAMPAR - Dua lelaki maut, manakala dua lagi cedera dalam nahas membabitkan kereta dan bas di Jalan Degong di sini pada Ahad.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.09 pagi.

"Setibanya di lokasi didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas transit awam dan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dinaiki empat lelaki.

"Bagaimanapun, penumpang hadapan dan pemandu kereta Proton Persona disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak kesihatan," katanya.

Menurutnya, anggota meneruskan operasi untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

"Mangsa yang cedera dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Kampar, manakala dua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu dan operasi tamat pada jam 7.40 pagi," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!