Liputan telekomunikasi lebih baik terus dipertingkat

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PADANG BESAR - Liputan telekomunikasi yang lebih baik terus diberi penekanan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), bagi memastikan tiada rakyat tertinggal dalam mendapatkan maklumat semasa menerusi saluran yang disediakan kerajaan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, bagi tujuan itu, kerajaan sedang berusaha meningkatkan taraf liputan telekomunikasi di kawasan luar bandar.

“Ada kawasan yang kadang-kadang liputannya tidak kuat (merujuk kepada isyarat talian di telefon bimbit). Jadi, ini yang kita nak beri penekanan. Kita akan mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat di negeri-negeri, untuk berbincang (keadaan liputan) dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama pada program bersama petugas barisan hadapan di Kampung Beseri Dalam dekat sini, pada Sabtu

Zahidi, yang juga Ahli Parlimen Padang Besar turut menyerahkan bakul makanan kepada 130 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang bertugas ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sesetengah kawasan sudah ada menara telekomunikasi tetapi menghadapi isyarat yang lemah, sekali gus memerlukan usaha kementerian mencari pendekatan berkesan bagi menambah baik kemudahan tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: