Dua pengedar dadah diberkas, dadah bernilai RM21,200 dirampas

Dadah serta barangan yang dirampas susulan penahanan dua lelaki di tepi Jalan Kuchai Lama, Kuchai Enterpreneurs Park di sini pada Jumaat.
Dadah serta barangan yang dirampas susulan penahanan dua lelaki di tepi Jalan Kuchai Lama, Kuchai Enterpreneurs Park di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki disyaki pengedar dadah ditahan di tepi Jalan Kuchai Lama, Kuchai Enterpreneurs Park di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, dua lelaki berusia 24 dan 27 tahun itu ditahan dalam operasi pada jam 9.45 malam.

"Hasil pemeriksaan, kita merampas lapan peket plastik mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 212 gram yang bernilai RM21,200 dan wang tunai RM100," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Amihizam berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

"Hasil semakan mendapati kedua-kedua suspek mempunyai rekod jenayah dan narkotik," ujarnya.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama lima hari bermula Sabtu hingga Rabu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan," jelasnya.

Artikel Berkaitan: