ViTrox catat rekod MBOR edar 78,675 hidangan vegetarian percuma

ViTrox cipta rekod apabila menjadi syarikat pertama di Malaysia menyediakan 78,675 hidangan vegetarian percuma kepada pekerjanya sepanjang 2019. - Foto Bernama
ViTrox cipta rekod apabila menjadi syarikat pertama di Malaysia menyediakan 78,675 hidangan vegetarian percuma kepada pekerjanya sepanjang 2019. - Foto Bernama
A
A
A

BATU KAWAN - ViTrox Corporation Bhd mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai syarikat pertama di Malaysia menyediakan 78,675 hidangan vegetarian percuma kepada pekerjanya sepanjang 2019.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Chu Jenn Weng berkata, hidangan vegetarian itu dimasak oleh cef dalaman syarikat itu manakala penyediaan sayuran, pemotongan, memasak, pembungkusan, rakaman dan pengurusan acara dibuat oleh sukarelawan daripada syarikat itu.

“Dengan komitmen terhadap amalan terbaik alam sekitar, sosial dan tadbir urus serta konsep hijau kami, ViTrox menyasarkan untuk mengurangkan kerosakan kepada bumi kita.

"Vegetarianisme adalah satu daripada cara ideal untuk mengurangkan impak pemanasan global sambil membolehkan ViTrox menjaga kesihatan rakyat,” katanya pada majlis penyerahan sijil MBOR di ViTrox Campus 2.0, Batu Kawan yang disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, majlis penyerahan sijil oleh pasukan MBOR itu tertangguh dari 2019 akibat pandemik Covid-19.

Menurut Jenn Weng, ViTrox juga melakar rekod baharu dengan mengedarkan lebih 77,000 hidangan vegetarian kepada pekerja yang memerlukan pada Julai, Ogos dan September tahun ini.

Beliau berkata, pada majlis Sabtu, 500 pek hidangan vegan diserahkan oleh syarikat itu kepada Kelab Sukan Elektronik Mutiara Pulau Pinang yang akan diserahkan kepada keluarga B40 di Perai. - Bernama

Artikel Berkaitan: