'Pertembungan ego tokoh politik perangkap pengundi'

Akmal Nasrullah
Akmal Nasrullah
A
A
A

JASIN - Ketua Angkatan Muda PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berpandangan pertembungan ego melibatkan tokoh politik veteran hanya akan memerangkap pengundi.

Beliau berkata, budaya cabar mencabar juga harus dihentikan demi kebaikan semua pihak.

"Pertembungan ego antara tokoh-tokoh politik memerangkapkan para pengundi.

"Kalau ugut mengugut ataupun bercerita soal nak tekan 'button' dan menumbangkan lagi mana-mana negeri untuk memanggil pilihan raya, saya mengharapkan tokoh-tokoh politik ini melihat kepada kerangka yang lebih besar.

"Kita berpolitik ini bukannya nak ugut mengugut kerana yang susah nanti adalah pengundi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Felda Tun Ghaffar, Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata cabaran veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Johor berniat jahat dan tidak bijak.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, pihaknya juga boleh berbuat demikian namun adalah tidak wajar untuk mengheret rakyat Johor menerima nasib sama seperti rakyat Melaka selepas apa yang dilakukan bekas pemimpin UMNO di negeri itu.

Mengulas lanjut, Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, tumpuan harus diberikan terhadap isu rakyat agar konflik politik sedia ada tidak merebak ke negeri-negeri lain.

Artikel Berkaitan:

"Jangan jadikan kancah yang berlaku di Melaka ini untuk merosakkan negeri-negeri yang lain," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:'Jangan cabar saya tarik sokongan di Johor' - Muhyiddin