X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Kurang 20 sen sehari, anda dapat berita eksklusif dan kritis di Sinar Premium

Pembaca yang ingin mengetahui pakej langga­nan yang ditawarkan boleh mela­yari portal Sinar Premium di https://premium.sinarharian.com.my.
A
A

SHAH ALAM - Portal berita Sinar Premium yang akan memulakan langganan berbayar bermula 15 November ini menawarkan pelbagai pakej untuk pembaca.

Dengan tagline Eksklusif dan Kritis, portal baharu yang dilancarkan pada 31 Julai lalu, menyampaikan laporan berita dan artikel yang lebih mendalam, berkualiti serta kritikal kepada rakyat Malaysia.

Pengarang Berita Premium, Zamri Rambli berkata, pembaca boleh melanggan pakej yang disediakan bermula langganan sebulan bernilai RM6.90.

“Bagi langganan setahun, pakej yang disediakan bernilai RM66.20 di mana anda hanya membelanjakan 18 sen untuk melayari laporan yang akan mengajak anda berfikir daripada perspektif berbeza,” katanya.

Zamri
Zamri

Sejak dilancarkan tiga bulan lalu, pembaca meraih manfaat secara percuma bagi melayari semua isi kandungan Sinar Premium dengan cara mendaftar guna e-mel atau Facebook.

Zamri berkata, pembaca yang ingin mengetahui pakej langganan yang ditawarkan boleh melayari portal Sinar Premium di https://premium.sinarharian.com.my.

“Pembaca akan menikmati berita terkini seawal 6 pagi yang boleh diakses melalui semua jenis peranti tanpa had, pembaharuan automatik dan akses percuma kepada e-Paper Sinar Harian untuk 30 hari,” katanya.

Pakej yang disediakan adalah langganan tiga bulan berharga RM18.60; pakej enam bulan (RM35.00); dan setahun (RM66.20).

Langganan korporat pula akan menikmati pelbagai inisiatif tambahan manakala golongan pelajar dan pengajar akan mendapat potongan sebanyak 50 peratus daripada harga asal pakej langganan.

Tambah Zamri, beliau berharap rakyat Malaysia yang dambakan bahan bacaan ilmiah, kritis dan lebih bermaklumat dapat memberi sokongan kepada produk baharu Sinar Karangkraf.

Dengan tagline Eksklusif dan Kritis, anda boleh mendapatkan laporan berita dan artikel yang lebih mendalam, berkualiti serta kritikal kepada rakyat Malaysia.
Dengan tagline Eksklusif dan Kritis, anda boleh mendapatkan laporan berita dan artikel yang lebih mendalam, berkualiti serta kritikal kepada rakyat Malaysia.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!