PPS SMK Jelawat ditutup sepenuhnya pada Sabtu

Kawasan perumahan di Taman Siti Jaya, Kampung Surau Batu, Jelawat di Bachok ditenggelami air sehingga memaksa 24 penghuni terpaksa berpindah ke PPS SMK Jelawat pada Rabu.
Kawasan perumahan di Taman Siti Jaya, Kampung Surau Batu, Jelawat di Bachok ditenggelami air sehingga memaksa 24 penghuni terpaksa berpindah ke PPS SMK Jelawat pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Semua 24 mangsa banjir dari Taman Siti Jaya, Kampung Surau Batu, Bachok dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada Sabtu.

Ia susulan pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat ditutup selepas banjir di kawasan kediaman mereka surut sepenuhnya.

Penutupan PPS itu dimaklumkan menerusi aplikasi InfoBencanaJKM dan keadaan cuaca yang semakin baik serta cerah menyebabkan air surut dengan cepat.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, seramai 24 penduduk termasuk kanak-kanak dari lima buah keluarga yang tinggal di Taman Siti Jaya, Kampung Surau Batu, Jelawat di sini terpaksa dipindahkan ke PPS SMK Jelawat selepas rumah mereka ditenggelami air pada Rabu malam.

Kejadian itu berlaku susulan hujan tanpa henti sejak jam 9 pagi pada Rabu menyebabkan rumah penduduk ditenggelami air sekali gus menyebabkan mereka terpaksa dipindahkan ke PPS SMK Jelawat.

Artikel Berkaitan: