Hafizh Syahrin sertai WSBK 2022 bersama Mie Racing Honda

Moriwaki mengesahkan bahawa Hafizh akan berlumba bersama pelumba berpengalaman dari Argentina Leandro Mercado untuk musim 2022. - Foto Wapcar
Moriwaki mengesahkan bahawa Hafizh akan berlumba bersama pelumba berpengalaman dari Argentina Leandro Mercado untuk musim 2022. - Foto Wapcar
A
A
A

PELUMBA Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah bakal membuat penampilan sulung pada Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Mie Racing Honda bermula musim depan.

Perkembangan itu sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), apabila Hafizh sebelum ini memberi bayangan akan meninggalkan saingan berprestij berkenaan pada penghujung musim 2021.

Hafizh yang diberi jolokan 'El Pescao' kini berada di Sepanyol untuk menamatkan baki perlumbaan Moto2 bersama pasukan NTS RW Racing GP, pada saingan Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardo Tormo, Sabtu.

“Pertama kali saya ucapkan terima kasih kepada Midori Moriwaki (Prinsipal Pasukan MIE Racing Honda) kerana datang dari Jepun ke Valencia, iaitu perlumbaan terakhir saya di MotoGP sebagai pelumba Moto2 sebelum akan berlumba di WSBK pada 2022 dengan MIE Honda Racing.

“Jadi saya harap dapat berikan terbaik. Saya juga berterima kasih kepada keluarga terutama sekali yang selalu menyokong saya adalah ayah saya dan isteri, selain itu kawan-kawan serta peminat,” kata pelumba berusia 27 tahun itu dalam satu video kepada media pada Sabtu.

Penghijrahan itu juga menyaksikan pelumba berasal dari Ampang itu menamatkan perjalanan karier selama lapan musim dalam saingan MotoGP, termasuk dua musim bersaing untuk kelas perdana pada 2018 dan 2019, sejak menjadi pelumba sepenuh masa pada 2014.

Sementara itu Moriwaki mengakui bahawa pasukan itu telah mengikuti pembangunan karier Hafizh sejak 2011.

“Kami telah mengikuti perjalanan karier Hafizh sejak sekian lama, sejak perlumbaan ‘wildcard’ nya yang pertama pada perlumbaan Moto2 menggunakan motosikal Moriwaki (Malaysia 2011) pada usianya 16 tahun. Beliau merupakan salah seorang daripada ramai pelumba yang bagus terhasil daripada perlumbaan yang mencabar dan bertenaga di benua Asia.

Artikel Berkaitan:

“Hafiz sangat berbakat dan mampu memberikan cabaran, dan akan menjadi tambahan yang baik untuk pasukan kami dan Kejohanan Superbike Dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Moriwaki mengesahkan bahawa Hafizh akan berlumba bersama pelumba berpengalaman dari Argentina Leandro Mercado untuk musim 2022. - Bernama