Para Sukma ke-20: Kelantan sasar 30 pingat emas

Wan Roslan (empat, kiri) bergambar bersama atlet pada Majlis Penyampaian Peralatan Sukan dan Sumbangan Kepada Atlet Para Kelantan di Hotel Perdana, di sini.
Wan Roslan (empat, kiri) bergambar bersama atlet pada Majlis Penyampaian Peralatan Sukan dan Sumbangan Kepada Atlet Para Kelantan di Hotel Perdana, di sini.
A
A
A

KERAJAAN Kelantan mensasarkan sekurang-kurangnya 30 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia ke-20 (Para Sukma) di Kuala Lumpur yang dijangka tahun depan.

Exco Jawatankuasa Belia, Sukan, dan NGO Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, dengan sasaran berkenaan, ia akan memastikan Kelantan berada di tempat keempat terbaik secara keseluruhan untuk sukan tersebut nanti.

"Pada temasya ke-19 di Perak, kami berjaya berada di kedudukan keenam dengan mengumpul sebanyak 21 emas dalam acara-acara yang dipertandingkan.

"Maka untuk tahun hadapan, kita berharap untuk naik sehingga 30 kutipan pingat emas dengan prestasi semasa seperti yang ditonjolkan atlet-atlet berdasarkan penyertaan pada kejohanan-kejohanan terdahulu," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Wan Roslan sebelum itu hadir Majlis Penyampaian Peralatan Sukan dan Sumbangan Kepada Atlet Para Kelantan di Hotel Perdana, di sini.

Mengulas lanjut, Wan Roslan memberitahu, segala persiapan awal menjelang temasya berkenaan dilakukan dengan penuh rapi melibatkan bantuan dan kerjasama daripada pelbagai pihak antaranya termasuklah Majlis Sukan Negeri (MSN) dan Jabatan Belia dan Sukan (KBS).

Katanya, walaupun meletakkan sasaran yang tinggi, namun ia bukanlah satu tekanan kepada atlet yang terlibat, sebaliknya ia sebagai pemangkin untuk mereka terus berusaha mencapai kejayaan yang cemerlang.

“Kita pun akui sekarang ini banyak kejohanan dan pertandingan yang tidak dapat dilangsungkan maka ruang untuk atlet memanaskan badan itu mungkin terhad.

Artikel Berkaitan:

“Namun apa yang penting, kita mahu mereka bekerja keras untuk memperoleh kejayaan, sekurang-kurangnya mengekalkan 21 emas seperti di Perak sebelum ini,”katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, beliau memaklumkan, kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan RM100,000 untuk persatuan-persatuan sukan Para di Kelantan menyediakan keperluan bagi memudahkan atlet-atlet yang terlibat menjalani latihan.