Tiga ditahan disyaki letupkan masjid di Afghanistan

Sebutir bom buatan sendiri diletakkan di dalam sebuah masjid meletup ketika solat Jumaat di daerah Spin Ghar, Nangarhar, mencederakan 15 jemaah termasuk imam.- Foto Metro.co.uk
Sebutir bom buatan sendiri diletakkan di dalam sebuah masjid meletup ketika solat Jumaat di daerah Spin Ghar, Nangarhar, mencederakan 15 jemaah termasuk imam.- Foto Metro.co.uk
A
A
A

KABUL - Tiga orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam serangan bom pada Jumaat di Nangarhar, timur Afghanistan, kata jurucakap Taliban.

“Suspek ditahan beberapa jam selepas serangan. Mereka kini disoal siat,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid menerusi Twitter.

Sebutir bom buatan sendiri diletakkan di dalam sebuah masjid meletup ketika solat Jumaat di daerah Spin Ghar, Nangarhar, mencederakan 15 jemaah termasuk imam, lapor Xinhua.

Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. Wilayah di kawasan pergunungan itu menyaksikan beberapa serangan sejak berapa bulan lalu dan kumpulan yang mempunyai kaitan dengan militan Islamic State mengaku bertanggungjawab. - Bernama

Artikel Berkaitan: