X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 05 Disember 2021

MAFI cari jalan elak harga makanan ternakan naik

Nik Muhammad Zawawi (dua dari kiri) menyampaian 'one-off' kepada pemandu kereta sewa di Pejabat Kereta Sewa Taman Mahkota, Pasir Puteh pada Sabtu.
A
A

PASIR PUTEH - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sudah mengenalpasti langkah-langkah pemulihan bagi mengelakkan kenaikan harga makanan haiwan ternakan di negara ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, antaranya dengan memberi peruntukan bagi mengelakkan kesan negatif kepada para penternak.

"Kerajaan juga sedang berusaha mewujudkan tanaman jagung untuk dijadikan sebagai makanan ternakan bagi mengatasi masalah ini," katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra dan penyampaian sekali kepada pemandu kereta sewa di Pejabat Kereta Sewa Taman Mahkota, di sini pada Sabtu.

Hadir sama Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan, Wan Nora Wan Ahmad.

Menurutnya, MAFI bercadang mewujudkan kilang-kilang memproses makanan ternakan menerusi jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan yang lain termasuklah swasta.

Ujar beliau, sekiranya semua itu berjalan lancar harga makanan ternakan di negara ini akan turun dan stabil.

Nik Muhammad Zawawi berkata, situasi itu akan memberi kesan dengan berlakunya penurunan harga ayam dan daging di pasaran.

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, kenaikan harga makanan ternakan disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia ketika ini.

"Hal ini kerana, negara-negara pengeluar utama makanan haiwan ternakan dunia tidak dapat berbuat demikian (mengeluarkan makanan haiwan) akibat serangan pandemik.

"Saya berharap pemain industri (ternakan) ini tidak mudah putus asa, sebaliknya kekal fokus. Insya-ALLAH kerajaan sentiasa memikirkan alternatif terbaik bagi memastikan harga bekalan sentiasa mencukupi," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!