'Ambil serius urus, bangunkan khidmat sumber manusia'

Noor Rashid bersalaman dengan pelatih terlibat.
Noor Rashid bersalaman dengan pelatih terlibat.
A
A
A

JEMPOL - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim menegaskan pengurusan serta pembangunan khidmat sumber manusia yang menggerakkan fungsi institusi penguatkuasaan merupakan perkara utama perlu dititik berat oleh pasukan PDRM.

Beliau berkata, perkara tersebut penting ekoran pasukan ini harus kekal relevan dalam mendepani cabaran semasa .

"Menyedari akan kepentingan keberkesanan tugas di platform sebenar, silibus dalam program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) sentiasa dikaji dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

"Selain silibus yang masih dikekalkan, pelatih turut diterapkan keperluan duniawi dan ukhrawi yang berelemen spiritual seiring dengan usaha memastikan mereka mempunyai pakej lengkap demi masa depan pasukan yang berpegang kepada nilai -nilai murni dalam menjunjung integriti," katanya sempena Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Kursus Asas Konstabel (Lelaki) Siri 9/2018 di sini, semalam.

Dalam pada itu, Noor Rashid turut menyeru pelatih untuk mempamerkan sikap professionalisme, berkredibiliti dan berhemah tinggi terutamanya berurusan dengan masyarakat.

"Ini kerana perilaku diri dan tatacara yang dipamerkan semasa melaksanakan tugas akan mencerminkan imej PDRM dimata masyarakat," katanya.

Pada majlis itu, seramai 359 pelatih lelaki berjaya menamatkan latihan asas selama enam bulan yang bermula sejak 9 September tahun lalu.

Sementara itu, Amir Mubarak Kamloi, 26, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik dalam kategori Terbaik Akademik,

Artikel Berkaitan:

Zainul Zaqrey Zainol, 22,dipilih sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik dalam kategori Latihan Luar manakala Mohammad Anas Sabari, 24, dipilih sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik dalam kategori Keseluruhan.