X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Maritim Malaysia tahan empat nelayan Indonesia

Bot nelayan tempatan kelas C yang ditahan bersama kru warga Indonesia dalam satu operasi di perairan Mersing pada Jumaat.
A
A

MERSING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing menahan empat nelayan warga Indonesia kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara dalam satu operasi pada Jumaat.

Pengarah Zon Maritim, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, warga asing berusia 34 hingga 68 tahun itu ditahan bersama seorang tekong di kedudukan sembilan batu nautika dari daratan Tanjung Resang di sini.

"Pasukan peronda telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan kelas C yang dipercayai menarik pukat dan menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika dari daratan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot nelayan itu dikendalikan oleh seorang lelaki tempatan bersama empat nelayan asing yang tidak mempunyai dokumen kebenaran untuk menangkap ikan daripada Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Khairul Nizam berkata, pihaknya juga mendapati dua daripada nelayan asing itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan pas lawatan kerja sementara.

“Bot nelayan dan kesemua kru termasuk tekong yang ditahan kemudiannya dibawa ke Pejabat Zon Maritim Mersing untuk memberi keterangan dan membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran sah dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!