Andrian Ang, Tun Ameerul hadiahkan emas kedua negara

Andrian Ang, Tun Ameerul hadiahkan emas kedua negara
Andrian Ang, Tun Ameerul hadiahkan emas kedua negara
A
A
A

SATU lagi berita gembira daripada skuad tenpin boling negara apabila gandingan Adrian Ang-Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam berjaya meraih pingat emas dalam acara beregu lelaki pada Kejohanan Boling Lelaki Dunia 2018, di Hong Kong malam ini.

Menurut laman web kejohanan www.2018wmc.worldbowling.org, mereka menewaskan pesaing dari Amerika Syarikat, EJ Tackett-Andrew Anderson 433-370 pada final.

Pingat emas pertama Malaysia diperoleh melalui Muhammad Rafiq Ismail, yang menjadi pemain tenpin boling negara pertama memenangi acara perseorangan dalam kejohanan itu sejak 1979, selepas beliau mengalahkan Dan MacLelland, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: