Jaringan tunggal Di Maria bantu kemenangan Argentina

Di Maria - Foto EPA
Di Maria - Foto EPA
A
A
A

JARINGAN tunggal Angel Di Maria seawal minit ketujuh, sudah cukup memadai bagi Argentina menewaskan Uruguay 1-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar, di Montivideo, pada Sabtu.

Biarpun beraksi di gelanggang lawan, skuad Albiceleste itu bermula agresif dan berjaya merobek gawang La Celeste pada minit-minit awal perlawanan.

Kemenangan itu menyaskikan skuad kendalian Lionel Scaloni itu semakin mengukuhkan kedudukan dengan meraih 28 mata setelah mengharungi 12 perlawanan setakat ini.

Pada perlawanan berkenaan, pengendali Argentina, Lionel Scaloni membuat kejutan apabila tidak menurunkan penyerang sensasi, Lionel Messi, tetapi sebaliknya menurunkan Paulo Dybala dalam kesebelasan utama.

Bagaimanapun, Messi dimasukkan selaku pemain gantian pada minit ke-76 bagi menggantikan pemain tengah, Giovani Lo Celso.

Difahamkan, Scolani tidak mahu mengambil risiko menurunkan Messi kerana mahu menurunkannya pada aksi berdepan Brazil di gelanggang sendiri pada 17 November ini.

Artikel Berkaitan: