X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

'Petugas lupa keluar alat pengesan suhu dari dapur'

Gambar kecil: Rafiq
A
A

MELAKA - Kecuaian petugas mengeluarkan alat pengesan suhu di Pusat Gerakan Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas di sini mengakibatkan premis itu dikompaun sebanyak RM10,000 pada Jumaat.

Calon DUN Telok Mas, Datuk Rafiq Naizamohideen mengakui alat tersebut memang disimpan di dapur pusat berkenaan dan akan dikeluarkan setiap hari setelah bilik gerakan dibuka.

"Sebenarnya pengesan suhu memang ada dari awal di bangunan tersebut. Saya tidak ada semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) datang di bilik gerakan.

"Saya dapat maklumat petugas kita terlupa. Biasanya setiap hari memang mereka keluarkan, ada di dapur. Sebab kalau tinggal luar akan hilang, setiap hari kena keluarkan. Jadi dari awal memang ada.

"Cuma bila KKM datang, ia tidak dikeluarkan. Apabila buat 'post-mortem' mana pergi, ada dekat dapur. Memang kita simpan di dapur, kalau tinggalkan akan hilang. Apabila dah tutup, bawa masuk dalam.

"Sebenarnya Perikatan Nasional (PN) faham prosedur operasi standard (SOP) cukup penting cuma kerana kecuaian salah seorang petugas mengeluarkannya, maka kita menerima (padah) kecuaian tersebut," katanya kepada pemberita setelah selesai sarapan bersama Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Warung Terapung Kak Yah dan Abang Mat, Telok Mas di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat, KKM mengeluarkan notis penutupan premis ke atas Pusat Gerakan PN bagi DUN Telok Mas, berkuat kuasa 12 hingga 26 November berikutan terdapat pengesanan kes Covid-19 dalam kalangan mereka yang berada di premis itu.

Selain itu, PN juga dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal menyediakan alat pengesan suhu di premis berkenaan.

Rafiq memaklumkan penutupan tersebut mungkin berpunca daripada salah seorang Srikandi yang pernah hadir di situ.

"Tapi saya secara peribadi tidak pernah berjumpa dengan beliau. Saya dah semak, tiada kontak rapat dengan beliau.

"Penutupan itu perkara biasa. Kita nak mengelakkan risiko jangkitan Covid-19 kalau tak tutup nanti.

"Bagaimana, ia tidak ada masalah. Kita bersedia dalam konteks ini, apabila bilik gerakan DUN ditutup, kita cari bangunan lain yang lebih sesuai dan boleh teruskan rancangan kita," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!