Banjir Kedah semakin pulih, jumlah mangsa menurun

Situasi banjir di Kedah semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS terus mencatatkan penurunan. - Gambar fail Bernama
Situasi banjir di Kedah semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS terus mencatatkan penurunan. - Gambar fail Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Situasi banjir di Kedah semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan penurunan dengan 146 orang setakat 8 pagi Sabtu berbanding 161 orang petang Jumaat.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, kesemua mereka berada di tiga PPS di daerah Pendang dan Kubang Pasu.

"Di Pendang, seramai 85 orang daripada 19 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah yang diaktifkan pada 24 Okt lepas manakala 39 orang daripada 15 keluarga berada di PPS Dewan Cenderawasih yang diaktifkan pada 2 Nov lepas," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Muaz berkata, kesemua mereka merupakan penduduk dari 15 kampung di Mukim Ayer Puteh, Guar Kepayang, Padang Pusing, Bukit Raya dan Tobiar.

Beliau berkata, di Kubang Pasu pula, seramai 22 orang daripada empat keluarga dari empat kampung di Mukim Malau ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Malau. - Bernama

Artikel Berkaitan: