WHO akan tetapkan garis panduan penggunaan pil antiviral Covid-19

WHO berharap dapat mengadakan mesyuarat bagi menetapkan garis panduan mengenai penggunaan pil antiviral Covid-19.
WHO berharap dapat mengadakan mesyuarat bagi menetapkan garis panduan mengenai penggunaan pil antiviral Covid-19.
A
A
A

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berharap dapat mengadakan mesyuarat bagi menetapkan garis panduan mengenai penggunaan pil antiviral Covid-19.

Kata agensi kesihatan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, pil antiviral Covid-19 menawarkan prospek baharu yang sangat menarik untuk tujuan klinikal.

Awal bulan ini, Britain menjadi negara pertama meluluskan salah satu pil yang berpotensi mengubah situasi semasa Covid-19.

Pegawai tinggi WHO untuk respons penjagaan klinikal, Janet Diaz berkata, mesyuarat berkenaan garis panduannya akan mempertimbangkan persoalan pil antiviral Covid-19 dalam tempoh tiga minggu.

Pegawai program kecemasan WHO, Mike Ryan pula berkata, penemuan awal pada pil antiviral Covid-19 itu sangat dialu-alukan.

Jelasnya, mempunyai pendekatan kedua untuk merawat mereka yang dijangkiti adalah sangat baik dan dapat menyelamatkan nyawa.

Minggu lalu, Pfizer-BioNTech berkata, pil antiviral klinikalnya untuk merawat Covid-19 mengurangkan sebanyak 89 peratus kemasukan ke hospital atau kematian bagi orang dewasa yang berisiko menghidap penyakit yang teruk.

Pada taklimat yang sama, ketua pegawai undang-undang WHO, Steven Solomon berkata perbincangan mengenai perjanjian antarabangsa untuk meningkatkan kesiapsiagaan wabak sedang berlangsung menjelang mesyuarat utama badan itu akhir bulan ini.

Artikel Berkaitan:

Perbincangan juga sedang dijalankan mengenai penyenaraian penggunaan kecemasan yang berpotensi untuk vaksin Sputnik V dari Rusia. - Awani