Lapan wanita warga asing ditahan dalam Ops Noda di Nilai

No Image Caption
A
A
A

NILAI - Polis menahan lapan wanita warga asing dalam Ops Noda di tujuh premis pusat refleksologi di sekitar Bandar Baru Nilai di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, serbuan secara berasingan itu dijalankan kira-kira jam 8.50 malam oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

"Lapan wanita warga asing berusia 26 hingga 39 tahun telah ditahan kerana telah melanggar syarat permit lawatan dan tinggal melebihi tempoh masa.

" Selain itu, polis turut menahan dua lelaki warga tempatan berusia 60 tahun. Mereka merupakan penjaga premis serta menggaji pekerja asing tanpa permit kerja yang sah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963, Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/1963 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peratutan Imigresen 1959/1963.

Artikel Berkaitan: