X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

NGO, orang perseorangan dialu bersama salur sumbangan kepada YDN

Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin
A
A

SERDANG - [DIKEMASKINI] Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan orang perseorangan dialu-alukan untuk bersama menggembleng tenaga bagi menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Didik Negara (YDN).

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, sumbangan tersebut akan digunakan untuk membantu anak-anak yatim yang memerlukan.

"Ia kemudian akan disalurkan kepada anak-anak kita di sekolah," katanya dalam ucapan ringkas sempena pelancaran Tabung Didik Kasih Anak Yatim Farm Fresh di sini pada Jumaat.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Yusran Shah Mohd Yusof; Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Nazamid Saari dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal berkata, pihaknya menyasarkan kutipan dana sebanyak RM3 juta bagi membantu pendidikan anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik Covid-19.

"Inisiatif ini kita wujudkan untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat supaya lebih prihatin dan mengambil empati untuk membantu mereka. Memang ramai yang simpati tapi apa pula tindakan kita untuk membantu mereka, " katanya.

Awal bulan ini, syarikat pengeluar tenusu itu menyumbang sebanyak RM500,000 kepada YDN untuk diagihkan kepada murid-murid yang terkesan akibat kehilangan ibu bapa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!