Najib beramah mesra bersama penduduk Kampung Balik Batu

Najib (kiri) bersembang santai bersama penduduk Kampung Balik Batu, Masjid Tanah pada Jumaat.
Najib (kiri) bersembang santai bersama penduduk Kampung Balik Batu, Masjid Tanah pada Jumaat.
A
A
A

MASJID TANAH - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkesempatan beramah mesra bersama penduduk Kampung Balik Batu di sini pada Jumaat.

Ahli Parlimen Pekan itu tiba di warung d' Ambang Sore, Batu Tenggek di sini kira-kira jam 5 petang sebelum dihidangkan dengan lempeng kelapa bersama sambal pencicah sebagai kudapan minum petang.

Ketibaan Najib disambut mesra oleh penduduk kampung yang merebut peluang untuk bergambar dan berswafoto bersamanya.

Najib sempat merakamkan gambar lempeng kelapa yang dihidangkan menggunakan telefon bimbitnya sebelum menjamu selera.
Najib sempat merakamkan gambar lempeng kelapa yang dihidangkan menggunakan telefon bimbitnya sebelum menjamu selera.

Susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 20 November ini, beliau difahamkan akan membantu Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk menjalankan kempen secara habis-habisan.

Najib berkata, sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN, beliau akan kerap turun ke lapangan bagi membantu Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam kempen berkenaan.

Artikel Berkaitan: