Kes jangkitan Covid-19 di UiTM Melaka terkawal

Pihak universiti telah mengambil inisiatif awal dengan menyediakan kolej isolasi yang akan diguna pakai sekiranya berlaku jangkitan Covid-19 di dalam kampus. -Foto fail/Bernama
Pihak universiti telah mengambil inisiatif awal dengan menyediakan kolej isolasi yang akan diguna pakai sekiranya berlaku jangkitan Covid-19 di dalam kampus. -Foto fail/Bernama
A
A
A

MELAKA - Kes jangkitan Covid-19 membabitkan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka baru-baru ini terkawal dan diuruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan universiti itu.

UiTM dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, antara langkah diambil termasuk pengasingan pelajar dan staf yang terlibat.

"Keperluan kebajikan warga yang terlibat dengan sebarang kes jangkitan Covid-19 sentiasa menjadi keutamaan pihak UiTM," menurut kenyataan itu.

Jelas UiTM, susulan kemasukan pelajar ke kampus pada Oktober lepas, pihak universiti telah mengambil inisiatif awal dengan menyediakan kolej isolasi yang akan diguna pakai sekiranya berlaku jangkitan Covid-19 di dalam kampus. - Bernama

Artikel Berkaitan: