Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat selepas ditutup rendah pada Khamis berikutan aliran penurunan sebelum ini yang merangsang minat belian. Foto 123RF
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat selepas ditutup rendah pada Khamis berikutan aliran penurunan sebelum ini yang merangsang minat belian. Foto 123RF
A
A
A

RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat selepas ditutup rendah pada Khamis berikutan aliran penurunan sebelum ini yang merangsang minat belian.

Pada 6 petang, unit tempatan lemah berbanding dolar AS pada 4.1645/1665 daripada 4.1690/1720 sewaktu ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, sokongan dapat dilihat terhadap unit tempatan pada Jumaat.

Dolar AS-ringgit berlegar antara RM4.1652 dengan Indeks Dolar AS (DXY) susut sedikit kepada 95.178 mata.

“Kita yakin kebimbangan terhadap peningkatan inflasi akan kekal menjadi tumpuan utama dan pasaran akan terus meneka pendirian Rizab Persekutuan terhadap kadar faedah kerana mereka telah memutuskan untuk mengurangkan pembelian aset,” katanya kepada Bernama.

Sewaktu ditutup, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama kecuali dolar Singapura yang merosot kepada 3.0757/0776 daripada 3.0754/0781 sewaktu ditutup pada Khamis.

Ringgit juga meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6521/6542 daripada 3.6545/6574, menokok berbanding pound Britain kepada 5.5783/5810 daripada 5.5835/5876 dan naik berbanding euro kepada 4.7646/7669 daripada 4.7798/7832 sebelum ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: