Bilangan mangsa banjir di Kedah menurun

Pertubuhan Kebajikan Nisa' Pendang menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah, Pendang pada Jumaat. Turut serta ialah Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff. - FOTO: APM PENDANG

A
A
A

ALOR SETAR - Mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 161 orang daripada 31 keluarga setakat jam 4 petang Jumaat, berbanding 247 orang daripada 65 keluarga pada sebelah pagi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof, tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu dua di Pendang dan satu di Kubang Pasu.

"Satu PPS telah ditutup iaitu PPS SK Kampung Tradisi Lembah Keriang di Kubang Pasu pada 12 tengah hari berbanding empat PPS pada pagi tadi, selepas semua mangsa dibenarkan pulang.

"Di Kubang Pasu, masih ada satu lagi PPS yang beroperasi iaitu SK Malau yang menempatkan seramai 25 mangsa daripada lima keluarga," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd Muaz berkata, di Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah, Pendang pula setakat ini menempatkan seramai 85 orang daripada 14 keluarga, sementara di Dewan Cenderawasih, Pendang menempatkan 51 mangsa daripada 17 keluarga.

Artikel Berkaitan: