X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Lelaki maut ketika mendaki di Telaga Tujuh

Anggota keselamatan membawa turun mayat mangsa yang meninggal dunia semasa mendaki di Telaga Tujuh, Langkawi pada Jumaat. - Gambar ihsan bomba
A
A

LANGKAWI - Seorang lelaki yang sedang melakukan aktiviti mendaki bersama rakannya di Telaga Tujuh di sini, meninggal dunia selepas pengsan di kawasan itu pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa, Lim Tham Guan, 50-an disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat khas bantuan KKM berkaitan kes itu pada jam 10.45 pagi.

"Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah terima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 khidmat khas menyelamat bantuan KKM mangsa pengsan di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi.

"Operasi disertai sepasukan anggota dari BBP Langkawi bersama pihak polis dan KKM.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat seorang lelaki lingkungan umur 50-an telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.

"Maklumat yang diterima daripada rakan mangsa menyatakan mereka melakukan aktiviti mendaki di lokasi berkenaan dan mangsa tiba-tiba pengsan serta tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Mohamadul Ehsan berkata, anggota di lokasi menggunakan pengusung bagi membawa turun mangsa ke bawah.

Beliau berkata, mangsa dibawa turun pada jam 1.30 tengah hari. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!