Apakah saya gembira? - Gerrard

Steven Gerrard - Foto gettyimages
Steven Gerrard - Foto gettyimages
A
A
A

APAKAH saya kelihatan gembira?”

Itu reaksi bekas kapten England dan Liverpool, Steven Gerrard ketika menjawab persoalan berhubung keputusannya meninggalkan kelab Scotland, Rangers menerima tawaran selaku pengendali baharu Aston Villa bagi menggantikan Dean Smith yang dipecat, minggu lalu.

Gerrard turut meminta agar dia tidak lagi diajukan soalan-soalan sedemikian selepas ini yang baginya agak ‘mengarut’ apabila ditanya apakah dia akan meneruskan tugasnya bersama Rangers bagi tempoh sebulan lagi.

Malah katanya, dia juga berharap agar soalan mengenai minatnya untuk datang ke St James Park bagi menggantikan pengendali Newcastle United, Steve Bruce yang dipecat pada Oktober, tidak lagi ditanya selepas ini.

“Apakah saya kelihatan gembira? Apakah saya kelihatan tenang? Jangan tanya saya soalan-soalan yang mengarut lagi,” katanya ketika ditemu bual pemberita berhubung perkara berkenaan baru-baru ini.

Difahamkan, Gerrard berkata demikian apabila ditanya mengenai masa depannya bersama Rangers setelah membantu kelab berkenaan menewaskan Brondby 2-0 pada aksi Liga Europa, di Stadium Ibrox 22 Oktober lalu.

Gerrard juga dikaitkan dengan jawatan pengendali dua kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa dan Newcastle United setelah pemecatan pengendali masing-masing.

Bagaimanapun, pada awal November, Gerrard kini dikatakan telah pun membuat ‘pusingan U’ dengan membuat keputusan meninggalkan Rangers dan menyertai Aston Villa.

Artikel Berkaitan:

Gerrard juga telah memberikan kenyataan mengenai keputusan yang dibuatnya bagi menyertai Aston Villa menerusi laman web kelab berkenaan.

“Aston Villa adalah sebuah kelab yang kaya dengan sejarah dan tradisi dalam bola sepak Inggeris dan saya amat berbangga untuk menjadi ketua jurulatih baharu mereka,” katanya.