Rais guna lori perkenalkan diri kepada pengundi

Rais menunjukkan lori yang digunakan beliau untuk memperkenalkan diri di kawasan perkampungan, taman perumahan serta tempat-tempat awam.
Rais menunjukkan lori yang digunakan beliau untuk memperkenalkan diri di kawasan perkampungan, taman perumahan serta tempat-tempat awam.
A
A
A

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin menggunakan sebuah lori yang diubah suai untuk bergerak menyampaikan maklumat diri kepada pengundi setempat.

Rais berkata, lori sedondon dengan warna BN iaitu biru bergerak selama 10 jam sehari terutama di kawasan perkampungan, taman perumahan serta tempat-tempat awam.

Beliau berkata, kaedah berkenaan akan digunakan sehingga hari terakhir berkempen dan ia merupakan salah satu mekanisme bertepatan dengan norma baharu.

Malah, katanya, dianggarkan 30 peratus warga emas dalam DUN berkenaan mendapat maklumat mengenai dirinya menerusi edaran bahan kempen menggunakan lori berkenaan.

"Sebagai calon, pengundi perlu kenal calon yang ingin mereka pilih pada hari mengundi nanti.

Lori berkenaan akan digunakan sehingga hari terakhir berkempen dan ia merupakan salah satu mekanisme bertepatan dengan norma baharu.
Lori berkenaan akan digunakan sehingga hari terakhir berkempen dan ia merupakan salah satu mekanisme bertepatan dengan norma baharu.

Artikel Berkaitan:

"Kita bergerak secara menyeluruh kerana ini adalah satu kempen yang sangat berlainan berbanding sebelum ini," katanya di sini pada Jumaat.

Rais yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah daripada Universiti Al-Azhar berkata, beliau bercadang untuk mewujudkan 'uptown' di kawasannya bagi memberi peluang kepada penduduk terutama golongan belia untuk berniaga.

Selain itu, katanya, fokus kepada penyelesaian masalah banjir terutama di Kampung Krubong juga antara cadangannya jika diberi mandat sebagai wakil rakyat.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my