Deschamps sahkan Pogba terlepas aksi kelayakan

Paul Pogba - Foto gettyimages
Paul Pogba - Foto gettyimages
A
A
A

PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps mengesahkan Paul Pogba bakal terlepas aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Kazakhstan, berikutan masalah kecederaan.

Menurut Deschamps, Pogba yang mengalami kecederaan paha juga dijangka tidak akan beraksi pada perlawanan terakhir Kumpulan berdepan Finland.

“Kita akan kehilangan khidmat Pogba dalam dua aksi terakhir peringkat kumpulan bagi saingan kelayakan Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Kecederaan itu disahkan oleh doktor pasukan ini, Franck Le Gall dan kita memutuskan untuk tidak menyenaraikannya pada dua aksi terakhir nanti.

“Bagaimanapun, kita bakal menurunkan pemain gantian, Jordan Veretout bagi menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan Pogba,” katanya.

Untuk rekod, skuad Les Bleus itu kini berada pada kedudukan teratas Kumpulan D dengan 12 mata daripada enam perlawanan setakat ini.

Kedudukan berkenaan menyaksikan Perancis semakin hampir untuk mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar dan kemenangan ke atas Kazakhstan dilihat akan mengesahkan kelayakan berkenaan.

Sementara itu, Deschamps berpesan kepada pemain agar tidak mengambil mudah cabaran dari Kazakhstan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, biarpun pasukan berkenaan tidak pernah memenangi sebarang perlawanan pada aksi kelayakan kali ini tetapi pasukan dilihat boleh mencipta kejutan pada saat-saat akhir.

“Saya harap pemain dapat beraksi baik dengan menganggap pasukan sudah pun mara ke pusingan akhir.

“Bagaimanapun, saya akan tetap turunkan kesebelasan terbaik dan berharap kesemua pemain akan memberikan aksi terbaik masing-masing bagi menjamin kejayaan pasukan,” katanya.