Kuil pengasas dinasti terakhir Firaun ditemui

Blok batu asas yang merupakan sebahagian daripada struktur binaan kuil untuk Raja Nectanebo ditemui di El Mataraya, Mesir baru-baru ini. - Foto Kementerian Antikuiti Mesir
Blok batu asas yang merupakan sebahagian daripada struktur binaan kuil untuk Raja Nectanebo ditemui di El Mataraya, Mesir baru-baru ini. - Foto Kementerian Antikuiti Mesir
A
A
A

KAHERAH - Ahli-ahli arkeologi Jerman berjaya menemui tinggalan sebuah kuil yang dibina untuk Raja Nectanebo 1 iaitu pengasas Dinasti Firaun terakhir pada zaman purba Mesir di Mesir, baru-baru ini.

Tinggalan yang merupakan blok batu asas yang merupakan sebahagian daripada struktur binaan kuil itu ditemui di El Mataraya iaitu sebuah daerah di Greater Kaherah, timur Sungai Nil.

Pada zaman purba Mesir, Mataraya ialah sebahagian daripada Heliopolis iaitu ibu kota Mesir Bawah yang terletak di utara negara tersebut.

Seorang pegawai Majlis Antikuiti Agung Mesir, Ayman Ashmawy dilaporkan berkata, inskripsi hiroglif atau tulisan lambang pada batu itu merujuk kepada tahun ke-13 dan ke-14 pemerintahan Nectanebo iaitu kira-kira 367 hingga 355 sebelum Tahun Masihi.

Bagaimanapun, mumia dan keranda Nectanebo tidak ditemui.

Pasukan arkeologi itu turut menemui satu patung babun dan sebahagian batu obelisk kuarzit zaman Firaun Osorkon yang memerintah dari tahun 925 hingga 890 sebelum Tahun Masihi. - Agensi

Artikel Berkaitan: