Banjir Kedah semakin pulih, jumlah mangsa turun 247 orang

APM daerah Kubang Pasu membuat pemantauan mangsa banjir di SK Malau yang kembali ditempatkan di PPS tersebut. -Foto APM Kubang Pasu
APM daerah Kubang Pasu membuat pemantauan mangsa banjir di SK Malau yang kembali ditempatkan di PPS tersebut. -Foto APM Kubang Pasu
A
A
A

ALOR SETAR - Banjir yang semakin pulih di Kedah menyaksikan jumlah mangsa banjir berkurang kepada 247 orang daripada 65 keluarga setakat jam 8 pagi Jumaat berbanding 290 orang berbanding 77 keluarga pada pagi Khamis.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof, berkata, bagaimanapun jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) masih kekal iaitu dua di Pendang dan dua lagi di Kubang Pasu.

Menurutnya, di Pendang, berlaku penurunan jumlah mangsa di Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah iaitu seramai 100 orang daripada 24 keluarga berbanding 147 orang daripada 36 keluarga manakala di Dewan Cenderawasih seramai 51 orang daripada 17 keluarga berbanding 55 orang daripada 19 keluarga pada pagi Khamis.

"Di Kubang Pasu pula, mangsa banjir kembali ditempatkan di SK Malau iaitu seramai 21 orang daripada empat keluarga selepas berlalu limpahan air di beberapa kampung di Mukim Malau.

"Di SK Kampung Tradisi Lembah Keriang pula berlaku pertambahan mangsa iaitu sebanyak 96 orang daripada 24 keluarga berbanding 85 orang daripada 24 keluarga berbanding semalam," katanya.

Artikel Berkaitan: