Berbaju Melayu datang samun

Kejadian menunjukkan dua lelaki bersenjatakan parang menyamun sebuah kedai serbaneka di Seksyen 17.
Kejadian menunjukkan dua lelaki bersenjatakan parang menyamun sebuah kedai serbaneka di Seksyen 17.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua penjenayah berbaju Melayu dengan bersenjatakan parang menyamun sebuah kedai serbaneka di Seksyen 17, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 2 petang.

Menurutnya, siasatan mendapati ketika kejadian terdapat dua pekerja kaunter dan beberapa pelanggan yang beratur membuat bayaran.

Kejadian menunjukkan dua lelaki bersenjatakan parang menyamun sebuah kedai serbaneka di Seksyen 17.
Kejadian menunjukkan dua lelaki bersenjatakan parang menyamun sebuah kedai serbaneka di Seksyen 17.

"Datang dua lelaki bertopi keledar dengan memakai baju Melayu warna hijau muda dan biru cair meluru masuk ke premis terbabit dengan bersenjatakan parang.

"Suspek telah mengambil tiga kartun rokok Dunhill bernilai RM510 serta wang tunai RM200 dari dalam laci kaunter," katanya dalam satu kenyataan.

Baharudin berkata, suspek kemudian dipercayai melarikan diri menaiki menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC.

Katanya, pihaknya telah mengenal pasti suspek terbabit dan usaha mengesannya sedang diteruskan.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang melihat kejadian boleh tampil salurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Ravind di talian 012-2633203 atau pejabat di talian 03-55202222," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.