Sila log masuk terlebih dahulu.

Mohd Azrudin mahu selesaikan masalah parkir di Hospital Melaka

Mohd Azrudin ketika mengadakan sidang akhbar pada pertemuan bersama pengamal media di Alai di sini pada Khamis.
Mohd Azrudin ketika mengadakan sidang akhbar pada pertemuan bersama pengamal media di Alai di sini pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Mohd Azrudin Md Idris akan memberi fokus kepada isu kekurangan parkir di Hospital Melaka.

Mohd Azrudin berkata, sekiranya diberi mandat kepada rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, beliau akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengatasi masalah yang telah lama berlarutan dan sering berlaku kesesakan di kawasan Hospital Melaka.

Menurutnya, setiap hari beratus kenderaan parkir di tepi jalan di sekeliling hospital sehingga ada yang mengganggu pengguna jalan raya lain.

"Disebabkan Hospital Melaka terletak dalam kawasan Pengkalan Batu dan kawasan bandar, jika diberi mandat saya akan bekerjasama dengan KKM untuk mengatasi masalah ini.

"Ada cadangan dibina parkir bertingkat dan saya dimaklumkan bahawa parkir bertingkat telah diluluskan, tetapi tidak tahu sampai mana proses itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama pengamal media di Alai di sini pada Khamis.

Mohd Azrudin berkata, beliau berjanji akan cuba mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan itu kerana ia melibatkan isu keselamatan orang ramai.

"Mungkin juga ada cadangan untuk mencari lokasi baharu hospital sebagai jalan penyelesaian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my