PN janjikan pembaharuan di Melaka

Abdul Hadi ketika berucap pada Pentas PRN Melaka yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Khamis
Abdul Hadi ketika berucap pada Pentas PRN Melaka yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Khamis
A
A
A

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) menjanjikan untuk melakukan pembaharuan sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PN juga mengharapkan agar rakyat di Melaka mengambil pengajaran terhadap perkara yang telah berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.

“Jatuhkan kerajaan sendiri ialah tidak bermoral. Kita perlu buat perubahan. Kalau rakyat Melaka mahukan pembaharuan, pilihlah PN.

“Kalau salah pilih, kita akan terima akibatnya. Kalau pilih betul kita terima nasib yang baik. Cukup PRU yang lalu, beri pengalaman kepada rakyat," katanya ketika berucap pada Pentas PRN Melaka yang diadakan di sebuah hotel di sini, Khamis.

Dari kiri; Ahmad Faizal, Abdul Hadi, Muhyiddin Yassin dan Lau Hoe Chai semasa Pentas PRN Melaka di sebuah hotel di sini pada Khamis.
Dari kiri; Ahmad Faizal, Abdul Hadi, Muhyiddin Yassin dan Lau Hoe Chai semasa Pentas PRN Melaka di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Artikel Berkaitan:

Tambah Abdul Hadi, Pakatan Harapan (PH) telah memenangi PRU lepas dengan janji-janji manis yang ditabur kepada rakyat.

Katanya, disebabkan perkara itu, Barisan Nasional (BN) telah ditolak oleh rakyat kerana terdapat sedikit kesilapan yang dilakukan.

“Bergantung kepada janji manifesto, PH tidak buat. Turunkan minyak, hapuskan tol. Macam-macam janji. Ibarat ingin berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang.

“Disebabkan janji ini, rakyat pilih PH dan tolak BN. Tiba-tiba janji tidak ditunaikan. Pengundi yang rugi,” katanya.