Iklan pakej umrah perlu kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan bermula 1 Februari

Pengendali pelancongan berlesen atau mana-mana syarikat pengendali umrah tidak dibenar mengiklankan tawaran pakej tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan bermula 1 Februari tahun depan.
Pengendali pelancongan berlesen atau mana-mana syarikat pengendali umrah tidak dibenar mengiklankan tawaran pakej tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan bermula 1 Februari tahun depan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengendali pelancongan berlesen atau mana-mana syarikat pengendali umrah tidak dibenar mengiklankan tawaran pakej tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan bermula 1 Februari tahun depan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, penguatkuasaan itu berdasarkan Peraturan 6(1A) (a), Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], sebagai langkah mengenal pasti iklan haram pakej umrah.

Menurut kenyataan itu, perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) dipengerusikan Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri pada Khamis, yang turut disertai wakil Kementerian Luar Negeri; Jabatan Imigresen Malaysia; Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji; Lembaga Tabung Haji; Polis Diraja Malaysia; persatuan-persatuan pengendali umrah dan agensi lain yang berkaitan.

"Mana-mana syarikat pengendali umrah yang mengiklankan pakej umrah tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan setiap iklan umrah yang diluluskan akan diberi nombor siri khas yang perlu dipaparkan dan borang permohonan boleh dimuat turun di www.motac.gov.my. - Bernama

Artikel Berkaitan: