Sinar Harian raih perak Anugerah Alam Sekitar peringkat Sabah

Amirul (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mohd Yusrie (tengah) dengan disaksikan Vitalis (kanan) selepas majlis sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Sabah Tahun 2021 yang diadakan secara maya di Kota Kinabalu. Gambar kecil: Norasikin Daineh
Amirul (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mohd Yusrie (tengah) dengan disaksikan Vitalis (kanan) selepas majlis sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Sabah Tahun 2021 yang diadakan secara maya di Kota Kinabalu. Gambar kecil: Norasikin Daineh
A
A
A

KOTA KINABALU - Wartawan Sinar Harian muncul pemenang anugerah perak pada Anugerah Wartawan Alam Sekitar Kategori Wartawan Akhbar pada Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2021 Peringkat Negeri Sabah diadakan secara dalam talian pada Khamis.

Norasikin Daineh memenangi anugerah itu menerusi berita ‘Lebih 1,000 Tangki Sisa Buangan Terjadual Disita’ dan ‘JAS Sabah Sedia Gempur 60 Kilang’, manakala anugerah emas menjadi milik Ketua Biro Bernama Sabah Fadzli Ramli dengan rencana berjudul ‘Sabah Tingkat Usaha Pembangunan Mampan Industri Kelapa Sawit’.

Anugerah Gangsa pula di menangi Rafiqah Dahali daripada NSTP dengan berita ‘3.44kg Sampah Dikutip Di Pantai Goronggon’ yang dirasmikan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai.

Anugerah Wartawan Alam Sekitar Kategori Wartawan TV menyaksikan anugerah emas dan perak dimenangi wartawan Jabatan Penyiaran iaitu Maria Isek dengan laporan ‘Inovasi Kitar Semula Plastik’, dan Sharon Raymond Kisil dengan laporan ‘Inovasi Buggy Solar’ dan ‘Inovasi Mikro Hidro’, dan anugerah gangsa dimenangi Safira Monadzra Sarip dari RTM Sabah dengan laporan ‘Pusat Lestari Kota Kinabalu’.

Sementara itu, Bangkuai ketika berucap merasmikan sambutan itu berkata alam sekitar, ekosistem dan manusia saling bergantungan antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan justeru usaha perlu digerak bagi memastikan kesemuanya dipelihara.

“Setiap anggota masyarakat harus sedar pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar patut menjadi teras dalam diri, jika semua anggota masyarakat bertanggungjawab memainkan peranan dan bekerjasama selamatkan alam sekitar, pastinya alam sekitar kita dapat dipelihara sepenuhnya,” katanya.

Turut diadakan sempena sambutan itu ialah Webinar Environmental Impact Assessment (EIA): Perancangan Ke Arah Pembangunan Lestari bagi memberikan pendedahan dan maklumat kepada orang ramai mengenai kepentingan prosedur EIA dalam merancang pembangunan lestari. - Bernama


Berikut merupakan senarai pemenang pertandingan diadakan sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2021 Peringkat Negeri Sabah:

Artikel Berkaitan:


Anugerah Wartawan Alam Sekitar Kategori Wartawan Akhbar

Emas: Fadzli Ramli - Bernama

Perak: Norasikin Daineh - Sinar Harian

Gangsa: Rafiqah Dahali - NSTP

Anugerah Wartawan Alam Sekitar Kategori Wartawan TV

Emas: Maria Isek - Jabatan Penyiaran

Perak: Sharon Raymond Kisil - Jabatan Penyiaran

Gangsa: Safira Monadzra Sarip - RTM Sabah


Pertandingan Pengumpulan Household EWaste Antara Pihak Berkuasa Tempatan

Pertama: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Kedua: Majlis Daerah Penampang

Ketiga: Majlis Perbandaran Sandakan

Keempat: Majlis Daerah Beaufort

Kelima: Majlis Daerah Sipitang


Pertandingan Fotografi Alam Sekitar

Pertama: Mohd Ezwan Salleh

Kedua: Lee Wan Chen

Ketiga: Mohd Nurazmeel Mokhtar


Pertandingan Buku Skrap Digital Alam Sekitar Sekolah Rendah

Pertama: Alya Natasha Ismail - SJK(C) Sin Hwa

Kedua: Aleeya Syuhada Jamaluddin - SK Sepagaya

Ketiga: Chris Emmanuel Martin - SK St Patrick


Pertandingan Poster Digital Alam Sekitar Sekolah Menengah Bawah

Pertama: Owlen Dioe J.Palikat - SM Lok Yuk

Kedua: Aviegail Alexi J.Palikat - SM Lok Yuk

Ketiga: Raeef Aidan Fauzi Maktab Nasional Kingfisher


Pertandingan Poster Digital Alam Sekitar Sekolah Menengah Atas

Pertama: Lo Chee Cheng - SM Holy Trinity

Kedua: Christell Violett J.Palikat - SM Lok Yuk

Ketiga: Kam Yu Pei - SM Holy Trinity


Pertandingan Infografik Alam Sekitar Pelajar IPTA

Pertama: Roland Raymond Joe dan Franny Hozelly Handrie - Universiti Malaysia Sabah

Kedua: Mohd Shafiq Suardi - IPG Kampus Kent

Ketiga: Redona Patra Pasteur - Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu