X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Pengunjung 'funfair' maut terjatuh buaian

Seorang lelaki maut terjatuh dari buaian berpusing di tapak pesta ria berkenaan
A
A

KAJANG - Seorang pengunjung maut manakala seorang lagi cedera akibat terjatuh dari buaian berpusing di tapak 'fun fair' berhampiran sebuah pasar raya di Cheras Selatan di sini, lewat malam Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki tempatan yang bekerja di tapak pesta tersebut pada jam 12.05 pagi Khamis.

"Saksi memaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun jatuh dari buaian permainan 'fun fair' dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak ambulans dari Hospital Kajang.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat manakala seorang lagi mangsa juga lelaki tempatan yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Mohd Nasir, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah membabitkan insiden tersebut tetapi polis masih menyiasat punca kejadian sama ada kecuaian penganjur atau mangsa.

Katanya, buat masa ini kematian mangsa diklasifikasikan sebagai kematian mengejut

"Bagaimanapun, individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi balai polis berdekatan di daerah Kajang atau pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Emran Mohd Noor di talian 013-7638512 membantu siasatan," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!