Kerajaan bantu pesawah atasi kemarau

Mohd Sallehuddin (kiri) membuka pintu kawalan air di Stesen Pam Tali Air Bedang Nara.
Mohd Sallehuddin (kiri) membuka pintu kawalan air di Stesen Pam Tali Air Bedang Nara.
A
A
A

PASIR PUTEH - Kerajaan berusaha mengurangkan risiko kerugian seramai 7,733 pesawah dalam kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) akibat kemarau panjang.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehuddin Hassan berkata, kawasan penanaman seluas 26,833 hektar diancam masalah kekurangan air.

Katanya, sebanyak 100 pam air dibekalkan secara berperingkat kepada pesawah di negeri ini.

"Kemarau tahun 2015 menyebabkan petani mengalami kerugian besar, kali ini kita bertindak awal yang mana di Kelantan, Kada mencari alternatif dalam membantu petani.

"Tindakan awal ini diharap dapat meminimakan risiko kerugian," katanya ketika melawat Stesen Pam Tali Air Bendang Nara.

Stesen pam itu menggunakan kaedah mengitar semula air untuk dialirkan ke kawasan penanaman padi Bendang Cherang Rotan seluas 1,500 hektar yang mengalami masalah kekurangan air.

Mohd Sallehuddin berkata, pesawah dalam Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak juga mengalami masalah sama.

Bagaimanapun katanya, keadaan masih terkawal sebagaimana kawasan seliaan Kada.

Artikel Berkaitan: