X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

MAIWP salur peruntukan Persatuan Pengasih Malaysia

Mohd Ghazali (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan MAIWP kepada Ramli (dua dari kanan).
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyampaikan sumbangan RM250,000 kepada Persatuan Pengasih Malaysia.

Simbolik penyerahan replika cek disampaikan Ahli MAIWP, Datuk Dr Mohd Ghazali Md Noor kepada Presiden Persatuan Pengasih Malaysia, Ramli Abdul Samad.

MAIWP menerusi kenyataan di Facebooknya pada Khamis memaklumkan, agensi tersebut membantu Pengasih sejak tiga tahun lalu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM970,000.

"Sumbangan ini selari dengan strategik MAIWP dalam memperluaskan kegiatan dakwah dan usaha dakwah yang dibawa ini wajar dan perlu diberikan perhatian oleh MAIWP dalam melahirkan generasi ummah yang berwibawa dari aspek jasmani, emosi, rohani dan sosial," kata kenyataan itu.

Turut hadir pada sesi penyerahan tersebut ialah Pengurus Bahagian Baitulmal, Ahmad Talmizi Yahaya dan Timbalan Presiden Persatuan Pengasih Malaysia, Hafizi Harun.

Persatuan Pengasih Malaysia merupakan pusat rawat pulih penagih dadah di negara ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!