X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Perjuangan Palestin masuk fasa paling rumit

Mahmoud Abbas - Foto AP
A
A

RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Rabu berkata, persoalan membabitkan Palestin memasuki fasa paling rumit dan berkemungkinan juga paling sukar, lapor Xinhua.

Abbas berkata demikian ketika berucap menerusi televisyen sempena hari memperingati ulang tahun kematian pemimpin Palestin, Yasser Arafat yang ke-17.

“Upacara ini berlangsung ketika perjuangan kebangsaan kita menempuh fasa amat rumit, mungkin juga paling sukar dalam sejarah perjuangan kita. Adalah suatu yang tidak munasabah atau suatu yang boleh diterima kerana kuasa penjajah terus menjerut kita selama-lamanya.

“Dan tidak munasabah juga untuk kita terus komited terhadap perjanjian ketika Israel tidak pernah mematuhinya.

“Israel terus membina dan memperluaskan kawasan perumahan selain terus melancarkan penindasan sistematik bagi mengubah keadaan sejarah bandar raya Baitulmaqdis bagi menghapuskan identiti, karektor Arab dan Islam,” katanya sambil menggesa dunia supaya ‘mengubah cara bertindak mereka terhadap Israel dengan mengambil langkah lebih ketara’.

Yasser Arafat meninggal dunia pada November 2004 pada usia 75 tahun ketika dirawat akibat penyakit misteri di sebuah hospital Perancis. Penduduk Palestin mendakwa Israel meracun beliau dan Israel menafikan tuduhan berkenaan.

Yasser Arafat memimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin sejak 1969 dan menjadi presiden pertama Pihak Berkuasa Palestin sejak pembentukannya pada 1994. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!