Tiada pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling

Isnaraissah Munirah (tengah) pada sidang media selepas taklimat kes pencemaean Sungai Kim Kim, hari ini.
Isnaraissah Munirah (tengah) pada sidang media selepas taklimat kes pencemaean Sungai Kim Kim, hari ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Kerajaan tidak berhasrat meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 susulan kes pencemaran sisa kimia berjadual di Sungai Kim Kim di sini, kelmarin.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, sebaliknya kerajaan akan meningkatkan penguatkuasaan.

"Kita akan tingkatkan 100 peratus penguatkuasaan kepada mereka yang terlibat mencemarkan alam sekitar dan kes Sungai Kim Kim ini satu contoh yang kita akan ambil tindakan dan pandang serius.

"Setakat ini tidak (pindaan) akta tetapi kita tingkatkan penguatkuasaan. Kalau sebelum ini nampak berleluasa atau ada tapi kali ini kita akan betul-betul jalankan penguatkuasaan terhadap mereka yang melanggar akta," katanya pada sidang media di Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini, hari ini.

Menurutnya, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim yang menyebabkan 79 mangsa dirawat di hospital diminta tampil bantu siasatan.

Dalam pada itu, Isnaraissah Munirah berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menjalankan tiga kaedah bagi mengesan pelaku yang menyebabkan pencemaran sisa kimia berjadual di Sungai Kim Kim.

"Kaedah pertama ialah 'morphological characteristics analysis' bagi mengenal pasti bentuk bahan berkenaan sama ada dalam bentuk cecair, gas dan serbuk.

"Kaedah kedua pula ialah 'finger printing' bagi mengesan elemen unik dalam bahan tersebut supaya dapat mengenalpasti pelaku," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kaedah ketiga ialah 'profiling bahan' untuk mengenal pasti rantaian bahan bermula daripada pengeluar, pembuat, pembekal dan pembeli.

ARTIKEL BERKAITAN:

Seorang pelajar pengsan, lima muntah

Bomba kawal tumpahan bahan kimia

Dua sekolah diarah tutup

Dua sekolah terjejas diarah tutup hingga Ahad

Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim meningkat 39 orang

Sungai Kim Kim dah lama tercemar

Sisa kimia: 'Bau macam getah tayar'

Buang sisa kimia: JAS Johor senarai 30 kilang

Mangsa pencemaran bahan kimia meningkat

Semak CCTV kesan lori buang sisa kimia