'Harap tiada lagi isu tunggakan gaji pemain Kedah'

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

ALOR SETAR - Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berharap tiada lagi isu tunggakan gaji melibatkan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, masalah itu perlu diselesaikan sekiranya benar-benar berlaku.

"Kena tanya pihak KDA FC. Kita harap tidak ada dah (isu tunggakan gaji). Jikalau ada sangkut (tertunggak) kita harap akan usaha untuk menanganinya," ulas Muhammad Sanusi ketika disoal dakwaan berlaku tunggakan gaji pemain Kedah.

Ia susulan khabar angin gaji pemain itu Kedah tertunggak antara dua hingga tiga bulan yang didakwa menjadi antara faktor pemain kurang mempamerkan semangat dalam perlawanan.

Tahun lepas, isu tunggakan gaji pemain Kedah mengejutkan peminat apabila mereka dilaporkan berdepan masalah tunggakan gaji sejak lebih lima bulan sebelum dijelaskan sepenuhnya tahun ini.

Artikel Berkaitan: