Sungai Tembeling kering

Kehadiran pelancong tidak terjejas biarpun keadaan panas tersebut yang kian ketara kebelakangan ini.
Kehadiran pelancong tidak terjejas biarpun keadaan panas tersebut yang kian ketara kebelakangan ini.
A
A
A

JERANTUT - Fenomena cuaca panas yang melanda di negara ini turut memberikan kesan kepada lokasi pelancongan popular dunia, Taman Negara.

Situasi itu dapat dilihat apabila Sungai Tembeling kering sejak penghujung Disember lalu menyebabkan beberapa lokasi di kawasan itu terjejas.

Antaranya di pintu masuk Taman Negara yang menempatkan sembilan restoran terapung tidak lagi 'terapung' kerana persekitarannya kering disebabkan fenomena terbabit.

Ketika tinjauan Sinar Harian hari ini, suhu mencatatkan 36 darjah Celcius.

Bagi pengusaha Restoran Liana, Hani Salleh, 65 menyifatkan situasi itu paling teruk dihadapi berbanding sebelum ini.

No Image Caption

"Selepas lebih 30 tahun, kali ini panasnya sangat terasa hingga kawasan sekeliling yang sebelum ini digenangi air sudah kering.

"Bahangnya sangat terasa, hujan pun dah beberapa bulan tak turun dan memang ada terdengar rungutan pelanggan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Namun Hani mengakui kehadiran pelanggan tetap memberangsangkan biarpun cuaca panas.

"Tekak kering selain panas terasa, orang nak minum selalu," akuinya.

Sementara itu, pelancong dari Poland, Anna, 60 mengakui bahang yang dirasai dalam kunjungannya kali pertama di Taman Negara.

No Image Caption

Ketika ditemui, Anna yang datang bersama rakan-rakannya, penggunaan losyen pelindung cahaya wajib digunakan sejak beberapa hari lalu.

"Memang saya sedar iklim Malaysia yang panas tapi tak sangka sepanas ini.

"Terasa juga tak selesa tetapi ia tidak menjejaskan kehadiran kami bercuti dan menikmati keindahan di sini," katanya.

Kawasan persekitaran restoran-restoran terapung yang kering sejak awal tahun ini.
Kawasan persekitaran restoran-restoran terapung yang kering sejak awal tahun ini.