Korban insiden lori tangki meletup meningkat 131 orang

Upacara pengebumian mangsa korban lori tangki meletup di Freetown, Sierra Leone. - Foto Reuters
Upacara pengebumian mangsa korban lori tangki meletup di Freetown, Sierra Leone. - Foto Reuters
A
A
A

ABUJA (Nigeria) - Angka korban dalam insiden lori tangki yang membawa muatan bahan api meletup di Freetown, Sierra Leone minggu lalu meningkat kepada 131 orang, lapor Agensi Anadolu.

Menurut pihak berkuasa 63 orang cedera dan 19 daripadanya dilaporkan kritikal.

Nahas itu mencetuskan kebakaran dan api yang marak menyambar orang ramai dan kenderaan berhampiran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menghantar 6.6 tan bekalan perubatan kecemasan ke negara itu.

Susulan insiden itu, Presiden Julius Maada Bio mengumumkan tiga hari berkabung bermula Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: