Pasukan khas PGU pantau larangan terbang dron: Polis Melaka

Razali Abu Samah
Razali Abu Samah
A
A
A

AYER KEROH - Polis Melaka tidak membenarkan sama sekali penerbangan dron sepanjang tempoh PRN bagi mengawal ketenteraman dan kesihatan awam.

Justeru, dua pasukan khas dari Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau pematuhan terhadap larangan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata, dron dikategorikan sebagai senjata selain berisiko untuk digunakan sebagai intipan daripada pihak tertentu.

"Penggunaan dron perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini pada Khamis.

"Kita (Polis Melaka) juga telah menerangkan larangan ini kepada semua calon parti," katanya

Beliau turut mengingatkan calon yang menggunakan kenderaan yang diubahsuai bagi tujuan kempen perlu mendapatkan kebenaran dan kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Artikel Berkaitan: