PN pastikan rakyat terima mesej dalam SOP ketat

Wan Saiful (tengah) pada sidang akhbar PN negeri Melaka pada Khamis di MITC.
Wan Saiful (tengah) pada sidang akhbar PN negeri Melaka pada Khamis di MITC.
A
A
A

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) akan memastikan kempen, usaha dan mesej khusus untuk membantu rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disampaikan melalui cara terbaik.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, walaupun menghadapi kekangan untuk berkempen kerana perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) namun keutamaan PN ialah mendapat maklumat dan tawaran yang dijanjikan dengan betul.

Bagaimanapun, beliau turut berharap SPR melonggarkan SOP yang dikenakan untuk memastikan pilihan raya dilaksanakan dengan adil dan saksama.

“Kita faham SOP ini memastikan tiada penularan pandemik Covid-19,” katanya pada sidang media Perikatan Nasional Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada Khamis.

Turut hadir, Pengerusi Gerakan Melaka, Datuk Seri Michael Gan Peng Lam; Timbalan Ketua Bersatu Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub; Ketua Penerangan Bersatu Melaka, Datuk Hishamuddin Abdul Karim dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamarudin Sedik.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, fokus PN ketika ini ialah memberi perhatian kepada kesukaran kehidupan rakyat.

Jelasnya, mereka realistik bahawa PN mempunyai peluang yang cerah untuk menang dalam PRN Melaka.

“Saya rasa peluang kita cerah baik dari Bersatu, pas dan Gerakan kerana rakyat melihat gabungan yang memberi fokus untuk menjaga kebajikan rakyat, tidak bertelagah dan pembahagian kerusi serta penamaan calon dilakukan secara harmoni.

Artikel Berkaitan:

“Kita parti yang tidak berpecah dan fokus yang jelas, saya rasa yakin rakyat Melaka mahukan gabungan politik yang menawarkan kestabilan dan kemakmuran ekonomi yang dikongsi secara bersama,” katanya.