SKMM nafi dakwaan pusat internet akan ditutup

No Image Caption
A
A
A

CYBERJAYA - Nusuara Technologies Sdn. Bhd dan Celcom digesa memberi justifikasi serta keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung dakwaan bahawa pusat-pusat internet di seluruh negara akan ditutup.

Menerusi satu kenyataan, SKMM menafikan dakwaan tersebut malah menyifatkannya sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab.

"SKMM mengesahkan bahawa pusat-pusat internet di seluruh negara tidak akan ditutup dan dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali.

"Malah, dakwaan yang telah diuar-uarkan oleh Nusuara Technologies Sdn. Bhd, pengendali utama pusat-pusat internet naungan Celcom adalah satu tindakan yang cuai. Kedua-dua pihak ini digesa untuk memberi justifikasi serta keterangan yang lanjut kepada SKMM," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, SKMM berkata, terdapat 870 pusat internet masih beroperasi di seluruh negara dan ia merupakan salah satu inisiatif di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat SKMM.

"Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi, kursus dan latihan ICT serta e-dagang yang telah meningkatkan kemahiran masyarakat setempat, sekaligus memperkasakan tahap ekonomi tempatan.

"Lantaran itu, dakwaan sesetengah pihak baru-baru ini yang memberi gambaran bahawa pusat-pusat internet di seluruh negara akan ditutup adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Artikel Berkaitan: