X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Tahniah Tuan Ibrahim perjuang bahasa Melayu di Scotland: Rais

Tangkap layar Twitter Rais pada Khamis.
A
A

SHAH ALAM - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim melahirkan ucapan tahniah kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berucap dalam bahasa Melayu pada persidangan antarabangsa di Scotland.

Rais berkata, beliau turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar tegas dalam memperjuangkan bahasa kebangsaan.

“Tahniah Tuan Ibrahim, Menteri Alam Sekitar berucap dalam bahasa Melayu di sidang antarabangsa di Scotland.

“Kumandangkan olehmu bahasa jiwa bangsa.

“Minggu lalu saya minta Perdana Menteri agar tegas dalam memperjuangkan bahasa kebangsaan kita dalam arena diplomasi,” ciapnya di Twitter pada Khamis.

Pada Rabu, Tuan Ibrahim membuat kemunculan pada Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland dengan menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu.

Beliau mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi di UNFCCC COP-26 yang sedang berlangsung bermula 31 Oktober hingga 12 November ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!